Thursday, October 28, 2010

Jom Parking Kat Blog Ben Ashaari




ak ngah bosan so keje ak of course lah g melawat blog org...then tiba2 tertarik ngan

iklan tentang Blog Ben Ashaari ni...so, apa lgi, terdetik di hati nk join...dia ckp khas

utk blogger yg baru merangkak je..mklum la ak sedar yg ak ni bru je libatkan diri dlm

dunia blog n still lgi merangkak..sbb 2 la ak join...syarat2 nk join senang jer.. KLIK

sini utk tgk syarat nk join k...tarikh tutup mlm ni okey...cpt2 yer...

Monday, October 25, 2010

Frame Konvo


KONVO??? bila masa plak budak ni konvo ni...xdak angin xdak ribut tiba2 frame konvo....pening2...entah siuman entak tak bdk ni...cerita konvo coming soon okey..nnti i story bila seru dh sampai...harap bertenang n sabar yer menunggu kemunculan entry berkenaan...skrng jom tgk frame gmabar konvo dulu...siap jgk akhirnya......













ni picture kt studio ngan family... adik ak yg baju oren 2 n nurul yg biru 2 merangkap sepupu den......








ni picture ngan parents i yg susah payah besarkan i n xhenti2 bgi sokongan masa study dlu...tq very3 much to both of you...luv u...







ni gmbar dua2 yg atas 2...gabungkan sekali...huhu







ni plak picture i sorang2...kena make up u...xreti i...




Ceritera Semalam - Part 1

smlam bersamaan 24hb Oktober 2010 merupakan ulangtahun kelahiran p.cik n m.cik ak...so, diorng bwak ak n anak2 diorng g jln2 n mkn2 kt Penang...ak juga berfungsi sbgai bibik sbnarnya sbb terpksa melayan kerenah anak2nya yg gila2 n hyperaktif...penat x terkta bibik smlm...adoi la...cm mna la nak jaga anak sendiri nnti..




mula2 sekali kami g Padang Kota bwak bdk2 ni main kt pdang permainan...klau ak g ngan Dato' I, pdng mainan 2 hnya la tmpat kami berposing...segan nk main2 buaian kt situ tp smlam ak sempat lpaskan gian naik buai...hahaha...jom tgk gmbar2 kt Padang Kota merangkap tmpat ak dating ngan Dato' I tp bkn kt padang mainan 2 tmpat datingnya...kami dating kt tepi laut n kt kedai mkan daaaa.....bahaya bwk bdk2 hyperaktif ni g area 2...xlarat bibik nk kepong...






ni gambar ammar yg dok dlm buai n xnak turun2...sian bdk lain xleh naik...tukang tunggu sebelah dia of course la ak...







ni plak apit n ammar...si ammar ni nk main sendiri plak dh...cm terror...bibik penat wei ke hulu ke hilir kejar si bdk kecik ni...yg belakang 2 si adam ngah tnggu turn nk turun...tp mna ada peluang, ammar je dok ulang 2 3 kali...siap xnak naik ikut tangga, nk naik terus dri gelongsor 2...berpeluh bibik angkat...kesian awek Dato' I smlm...









lpas jgk gian ak nk naik ni...dtng dlu tgk je tp malu nknaik...mahu tp malu...nnti nk ajak Dato' I naik jgk...klau dia xnak, nk suh dia hayunkan...leh kan Dato'?? tp Dato' xsuka naik buaian ni...Dato' suka naik buaian pusing yg kena byar 2 token tu...ak mna2 pn xpe...jnji best n xgayat...

Sunday, October 24, 2010

DILEMA...


















semua org ada msalah sndiri, cm 2 gak ak...bila time susah n belum lgi bekerja, smua bnda akan wat kita terasa..ak sedaya upaya simpan je apa masalah ak tp kadang2 tersentuh gk kt hati ni..bila belum bekerja ni, org akan pndang kita lain sbb diorang senang, ada duit n nk buat apa saja pn boleh...mungkin janji2 ak kosong sbb ak bkn nye ada duit, ckp kt mulut je tp ak tgh berusaha nk tunaikan jnji ak...mngkin jnji yg lpas ak xtunaikan tp ak ingt bnda 2...ak akan tunaikan if ak dh start bekerja nnti...saat2 skrng ak perlukan sokongan cm mna ak pernah bgi sokongan sblum ni...klau diorang boleh tertekan sebelum dpt keje, cm 2 jgk ak sbb ak pn manusia biasa...bukan ak dok umah ni bermakna ak menunggu je org belanja n bagi itu ini kt ak...ak xmintak semua 2...ak just nak org paham perasaan ak....ak pham bila kita dlm keadaan susah, org xkan dekat ngan kita...

Thursday, October 21, 2010

Singapore Pie

ari ni ak n mak ak bergabung tenaga menyediakan Singapore Pie...mak ak ckp nasi pn habis, benda alah ni pn abis...nnti start keja baju xmuat...huhu..lpas amak ak ckp 2 baru ak teringt yg ak ada kirim baju kt adik ak suh buat kebaya kt kelantan utk raya haji ni...kt sana upah jahit murah, so ambik kesempatan la..xmuat mati la ak...tp ni la tugas ak kt umah..makan, makan, makan..tp baru hari ni ak start mkn balik..dh byk ari tahan lapar sbb ak sakit...next entry ak ctr pasal sakit ak 2...ni hasilnya....


*****
*****
*****
*****
*****
*****
*****






nmpak xlawa tp sedap wa cakap lu...inti dlm dia 2 cm pasembur...ubi sengkuang, timun n kuah kacang....


yg ni ak ambik dri google.....









yg acuan dia ni mak ak beli je...100 keping RM 10...gmbr ni pn ak copy dri google....

Muzium Putus Cinta

BESI yang digunakan sebagai pakaian pengantin, cermin pecah yang dikaitkan dengan kisah cemburu dan kaki palsu yang pecah - itu antara antara barangan yang dipamerkan di sebuah muzium baru di Croatia.

Pada peringkat awal memang susah hendak kaitkan barangan ini dengan sebuah muzium. Tetapi bahan-bahan yang dipamerkan di muzium putus cinta atau Museum of Broken Relationships di Zagreb, Croatia mempunyai satu persamaan - ia menceritakan mengenai kisah cinta tidak kesampaian.

Bahan-bahan daripada cinta yang kecundang yang bertahun lamanya ada yang kelihatan biasa, ada pula yang aneh, kadang-kadang lucu, sedih atau di luar kelaziman.

Kaki palsu yang terletak di atas pelapik putih adalah milik seorang tentera di zaman perang Croat yang menjalin hubungan dengan pekerja amal.

“Kaki palsu ini tahan lebih lama dari cinta kita. Ia diperbuat daripada bahan yang kuat,” kata keterangan yang terdapat di bawahnya.

Bahan lain yang dipamerkan termasuk kapak yang digunakan untuk mengapak perabot bekas teman wanita, rambut palsu berwarna merah dari New York dan tali pinggang dari Sarajevo.

“Saya tidak pernah memakainya. Hubungan tentu bertahan lebih lama jika saya memakainya,” ratap penyumbangnya.

Idea untuk menubuhkan muzium itu muncul lima tahun lalu apabila artis Olinka Vistica dan Drazen Grubisic yang berpisah selepas empat tahun bersama berbincang bagaimana untuk memulihara peninggalan daripada hubungan yang terputus.

“Diilhamkan daripada situasi kami sendiri, kami berbincang idea ini bahawa sesuatu yang pernah manis satu ketika dan kemudiannya berubah tidak sepatutnya dimusnahkan tetapi di simpan dengan cara tertentu,” kata Vistica.

“Jadi pada 2006 kami melancarkan projek ini, menamakannya Museum of Broken Relationships, di mana orang ramai boleh ‘menyimpan’ perasaan mereka.

“Konsep ini ialah, mereka yang memiliki pengalaman sedih dan mahu menghilangkan beban akibat cinta yang putus di tengah jalan dengan menderma barang-barang daripada kisah peribadi mereka,” katanya.

Walaupun ada yang tidak mendedahkan perkara yang terlalu peribadi, Grubisic percaya motif utama penderma yang tidak mahu dikenali ialah sebagai simbol menutup satu bab dalam hidup mereka.

“Semua perkara penting dalam hidup kita seperti berkahwin atau pengkebumian diiringi upacara tertentu. Cuma apabila hubungan terputus sahaja kita sendirian.

“Ini merupakan satu cara untuk menyedia upacara untuk mereka yang putus cinta. Melalui sumbangan kepada muzium objek itu berubah konteks dan menjadi sesuatu yang lain,” katanya.

Muzium yang baru dibuka di Zagreb itu telah menarik minat penduduk Croatia dan juga pelancong yang datang.

Untuk tempoh empat tahun lepas , ia telah menjelajah sekitar 20 lokasi di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika.

“Projek asal ini telah berkembang di luar dugaan kami, sebab itu sebaik sahaja menemui lokasi tetap yang sesuai kami terus membuka pameran tetap,” kata Vistica.

Semua bahan pameran diletakkan dalam bilik yang ada tema masing-masing seperti kemarahan dan sakit hati’ dan kerenah dan kehendak.

Setiap satu diiringi dengan keterangan seperti tempoh hubungan, tempat asal dan penerangan penderma.

Lain-lain bahan pameran termasuk doa oleh seorang gadis Filipina untuk tunangnya selepas tunangnya itu cedera parah akibat satu kemalangan dan surat cinta yang ditulis oleh budak lelaki berusia 13 tahun yang lari meninggalkan Sarajevo sebaik perang meletus pada 1990-an.

Menurut Vistica dan Grubisic, penyumbang kebanyakannya wanita kecuali yang datang dari Turki di mana banyak disumbangkan oleh lelaki.

Melalui laman sesawang muzium itu www.brokenships.com seseorang itu boleh melakukan sumbangan secara maya dengan menghantar e-mel, gambar atau pesanan ringkas (SMS).

Tetapi kata Grubisic, pada masa ini orang ramai lebih suka menderma objek sebenar.

“Ini merupakan konsep yang hebat. Saya menyukainya sejak ia memberi tumpuan kepada kisah manusia dalam bentuk pameran artistik. Sebuah kisah benar boleh menjadi satu seni,” kata seorang pelawat Domagoj Blazevic, 31.

“Pada masa yang sama ia lucu dan puitis, tetapi saya juga boleh merasakan keperitannya,” kata penyanyi Ivanka Mazurkijevic.


Sumber : Utusan Malaysia - 21 Okt 2010


*************************************************************************************


pgi td tgk muka dpn paper utusan sisipan mega, ak jdi tertarik nk bca isi dlm 2...boleh plak diorang pkir idea cm ni...kt Malaysia bila nk wat plak? boleh jana pndapatan ni..mesti rmai yg nk masuk tgk..bhan2 dri mmber pn boleh dpt...diri sndiri ada ke??hehehe...agak2 apa erk yg boleh diderma dlm muzium ni?? mungkin kah......




ni zaman sekolah dlu sbb budjet kumpul duit sekolah je...hahaha...kira bagus la jgk sbb leh bgi...





ni time remaja kot...kan rmai demand nk teddy bear...besar kcik belakang kira...dh dpt happy nk mampos....ak ke 2??




ni tgh hangat kt pasaran skrng...t-shirt couple...klau nk simpan dlm muzium pn, agak2 la...jgn bgi yg dh penuh taik lalat or berkurap smpai xnmpak rupa...huhu...



tp..........










yg ni pn nk kena ltk kt muzium jgk ke if 'bnda' tu terjdi...cm syg plak kan...terpulang pada diri anda nk simpan apa pn...


p/s : dlu pas putus cinta, brang2 yg kita dpt 2 akan dipulangkan balik but now ada plak muzium utk disimpan...zaman dh berubah....

Thursday, September 2, 2010

Reunion Sek. Keb. Sungai Kob..( 1994 - 1999)

Events : Reunion Pelajar Tahun Enam Sek Keb Sungai Kob


Tarikh : 18 Julai 2010


Tempat : Lost World of Tambun, Sunway City Ipoh



( Dah lama nk update tp x sempat...biar gmbar yg menceritkan segalanya...jom layan pic2 kt sna...)